Friday, 8 August 2014

PENTINGNYA NYAWA MANUSIA




Islam mengambil berat terhadap jiwa, harta dan kebebasan individu. Mereka dilahirkan di dunia ini bukan untuk dilarikan, disorok dan dijadikan orang tebusan. Orang merdeka tidak akan melakukan perbuatan tersebut. Orang merdeka juga  tidak boleh menerima perlakuan golongan dajal tersebut walapun ia  dilakukan oleh bapa-bapa mereka sendiri. Melari, menyorok individu yang tidak berdosa lalu ia dilibatkan dalam isu MH370 yang dianggap terpencil, isunya kecil kerana kecerdikan Inmarsat dikhayalkan, dan golongan sindrom down tidak terlibat dalam isu-isu yang kecil itu kerana ia tiada kepentingan tentang, sedang dan akan berlaku untuk harta dan kuasa. Yang penting baginya ceria.

Allah s.w.t. memberi amaran kepada golongan dajal melalui firmanNya yang dirakamkan dalam surah al-Maidah ayat 33 dan 34:


Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”


Hukum-hakam dalam Islam sungguh teliti. Hukuman sabitan bersesuaian dengan perlakuan dan tindakan pelakunya. Ada beberapa perlakuan melibatkan hukum-hakam yang wajar diteliti kerana perlakuan ringan tidak melangkaui sabitan berat. Demikian juga sabitan yang berat dibuang tanpa proses tatacara kendalian piawaian yang ditetap. Isunya ialah siapa berkuasa akan mempengaruhi PEMERINTAHAN.







No comments:

Post a Comment

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

HASNAH SUAN BERHAD